KUALA PILAH: Kebimbangan Samsiah Yusof, 52, mengenai kelangsungan hidupnya bersama ibu yang uzur serta abang yang tidak sihat kerana ketiadaan punca pendapatan sedikit terubat apabila menerima bantuan bakul makanan pada Jumaat.
Dalam situasi ancaman pandemik COVID-19 yang masih belum reda, kehidupan Samsiah yang terpaksa berhenti kerja sejak lima tahun lalu kerana perlu menjaga ibunya Fatimah Sihin, 89, yang uzur bertambah sukar apabila abangnya, Samsudin Yusof, 55, tidak lagi dapat membantu keluarga kerana menghidap penyakit batuk berdarah.
Berasal dari Kampung Sungai Jelutong, Padang Lebar, Samsiah berkata mereka tiga beranak terpaksa berjimat cermat kerana hanya bergantung sepenuhnya dengan bantuan kewangan daripada Baitulmal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM750 sebulan.
"Abang baru sahaja keluar dari hospital, sebelum ini dialah membantu keluarga dengan melakukan kerja-kerja kampung namun kini dia tidak mampu teruskan kerjanya. Bantuan ini sangat dihargai, sekurang-kurangnya saya tidak perlu membeli barangan keperluan untuk masa sebulan ini," katanya selepas menerima bantuan daripada Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Eddin Syazlee Shith semalam.
Dalam pada itu, Idris Taseh, 67, yang hanya bergantung duit pesaraan RM600 sebulan menyifatkan bantuan diterima itu meringankan bebannya dalam menampung keperluan harian keluarga.
Warga emas yang mempunyai penyakit gout itu berkata dia juga tidak dapat melakukan kerja kampung bagi menambah pendapatan keluarga selain terpaksa berjimat cermat dengan duit simpanan untuk membeli ubat penyakitnya itu.
Sementara itu Eddin Syazlee berkata penduduk di daerah Kuala Pilah yang terjejas pendapatan dialu-alukan datang ke pejabat Pusat Khidmat Rakyat Kuala Pilah untuk mengambil bakul makanan.
BACA: PEMULIH: Golongan miskin tegar, B40, M40 dapat Bantuan Khas COVID-19 bermula Ogos - PM
BACA SEMUA BERKAITAN PEMULIH DI SINI
Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengumumkan, kerajaan akan memberi Bantuan Khas COVID-19 (BKC) kepada isi rumah kategori miskin tegar, B40 dan M40 termasuk golongan bujang bermula Ogos.
Menurut Perdana Menteri, bantuan itu bakal memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM4.6 bilion.
Sejumlah RM300,000 juga diberikan kepada semua Ahli Parlimen bagi program Bantuan Bakul Makanan seperti yang diumumkan dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) mula disalurkan pada 1 Julai.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berhubung perkara ini memaklumkan peruntukan itu turut diberikan kepada Ahli Parlimen pembangkang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 30 2021
Eddin Syazlee (kiri) menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada penerima pada program Agihan Bakul Makanan Pemulih di Masjid Kariah Sungai Jelutong. - Foto BERSATU
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Perjalanan terakhir Konstabel Muhamad Syafiq'
Linangan air mata ahli keluarga menyelubungi upacara pengebumian Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said pada Sabtu.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Polis nafi rakyat Singapura ditahan
PDRM menafikan seorang warga Singapura antara tujuh ditahan berkaitan siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Tunggu aku balik' - Rakan kenang pesan arwah
Ami acap kali berpesan kepadanya dan rakan-rakan yang lain supaya menantikan kepulangannya ke kampung halaman.
Lelaki disyaki ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel ditahan
Polis menahan seorang lelaki di Kemunting, Perak selepas disyaki membuat ugutan bunuh kepada ibu bapa penyanyi dan pelakon, Naim Daniel di media sosial pada Jumaat.
Fokus Minggu Depan: Menangani dan memahami pemikiran ekstrem
Prof Dato Dr Muhammad Nur Manuty, Pengerusi IKIM
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara
Antara pilihan yang diberikan termasuk AS, Ireland, Australia, dan New Zealand.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan
Kerajaan Sabah menetapkan sasaran 30 peratus penyertaan syarikat tempatan berskala kecil dalam bidang industri melibatkan perkhidmatan minyak dan gas serta peralatan di negeri itu.
Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat
Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam
Raja Muda Perlis jadi Pemangku Paja Perlis selama empat bulan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.
Bakul makanan: Serampang dua mata tangani keganasan domestik - Rina Harun
Hasil daripada pemberian bakul makanan menemukan pelbagai isu yang perlukan pemerhatian dan intervensi KPWKM.